ASSALAMUALAIKUM..

Terima kasih pada yg sudi mengunjung sepanjang ketiadaan Encik Ket. Sekarang saya kekangan masa, masih dalam perantauan. Insyaallah kalau ada masa sesekali saya balas kunjungan mana yang sempat. terima kasih sudi menjenguk penulisan saya walau sekadar picisan.. :)

Isnin, 10 November 2014

PUZZLE

Aku seolah sedang menyelesaikan puzzle. Puzzle yang mendatangkan kecelaruan dalam aspek pemikiran dan akidah. Kecelaruan yang menggoyahkan jiwa yang termemang rapuh. lalu sang syaitan bersuka ria mempermainkan aku, menghulurkan butir-butir puzzle yang salah. Bila aku terjelepuk  keletihan, si syaitan ketawa berdekah-dekah memerli aku. sial!!

Tapi aku tak boleh kalah. Aku kena bangun, bangkit, cuba keluar dari permainan syaitan! Aku kena selesaikan kesemua butir-butir puzzle tersebut supaya membentuk sebuah jawapan. Aku perlu cari satu persatu dengan kefahaman untuk dicantumkan sedikit demi sedikit. Dengan jawapan itu nantilah segala persoalan yang menyerabutkan kepala hotak aku terlerai dari merantai jiwa yang telah sekian lama dihantui rasukan kekeliruan. 


Khamis, 31 Julai 2014

Berkat Ramadhan Rahmat Aidilfitri

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur. Malam ini aku melangkah dengan penuh rasa syukur bertakhtakan kebahagiaan yang sudah sekian lama tak merajai jiwa ku. Hari ini, malam ini, detik ini, aku bersyukur kerana langkah ku teriring dengan redha kedua orang tua ku. Alhamdulillah, kini dapat aku merantau dengan sekujur ketenangan berselaputkan kedamaian. 

"..Tuhan, disaat langkah ku rapuh, kau sambut tangan ku, kau pimpin membawa ku ke lembah yang haq. namun bodohnya aku, selujur jiwa ini bermandikan nikmat, aku sering lupa akan Engkau. aku selalu saja alpa janji ku yang tertabur. Ya Rabb, meski aku tetap berlumur dosa, Engkau tanpa sekelumit jemu masih sudi menyuluh jalan hidup ku yang selalu saja tandus tak bercahaya. ampunkan segala salah silapku Ya Allah Yang Maha Pengampun.."

Aku teruskan langkah meski akidah jiwa ku sering saja terumbang-ambing dalam sebuah pencarian. tapi aku tetap yakin, suatu saat Tuhan berikan aku jalan untuk mengenal hakikat yang tersirat. kerna saat ini pun aku dapat merasai betapa Dia selalu ada disaat aku terkapai di ruang udara. Sujud Syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi yang tak pernah tidur. Alhamdulillah.. 

Ku pohon doa dari insan-insan yang sudi menyebut nama ku di tadahan doa dan semoga doa itu setia mengiringi setiap atur derap ku sepanjang perjalanan yang tak pasti.. 



Alhamdulillah.. 
Aku yang memandang di dalam lubuk hati
Mencari-cari zat rahsia yang katanya tersembunyi
Aku yang melihat alam meliputi
ujud menyertai lalu ku pindahkan alam ke dalam mata hati
Aku hakiki aku mengerti segala yang terjadi di langit dan di bumi
Gunanya tiada fantasi pelik dan benar qada’ dan qadar
Kau berilahku kekuatan agar dapatku hindarkan segala kesesatan
Usah kau biarkan nafsu ku terliur
Dari pandangan majazi ini
Aku yang bodoh lagi hina amat benar merindui
Moga cahaya lelatu tak membutakan mataku
Semoga segala puji takku meninggi diri
Moga segala janji dapat juga ku penuhi
Moga dapat ku hadang tikaman dari belakang
Lidah setajam pisau
Ku tidak akan risau
Dengan dugaan cabaran
Sepanjang perjalanan ku pasrah ku akur
786 Alhamdulillah Syukur!

Khamis, 17 Julai 2014

Di Atas Jalan Raya..

Sedang aku duduk di bangku taman bersimbahkan cahaya pagi sambil melayan ngantuk tahap gaban sebab tidur bawah jambatan malam tadi, tetiba aku terfikir sesuatu saat memerhati jalan raya yang sarat dengan lalu lintas. 

aku terfikir,
seandainya aku tak tahu apa yang aku lihat, 
apa yang aku peroleh hanyalah penglihatan pada jalan raya yang sesak.
tapi seandainya aku tahu apa yang aku lihat, 
secara automatik aku boleh nampak pelbagai jenis kenderaan.

jadi kesimpulannya, 

kalau kita kenal hakikat Tuhan,
kalau kita kenal hakikat diri,
kalau kita faham hakikat hidup,
segalanya akan jadi mudah untuk kita.
setiap apa yang terbentang di sepanjang perjalanan akan indah bagi kita..

dan dalam hidup ini kita perlu ada matlamat untuk mencapai impian dan cecita. kerana tanpa matlamat, kita umpama perahu di tengah laut, terumbang-ambing bagai tak berarah. bila-bila masa je boleh karam! 

Rabu, 16 Julai 2014

Selamat Tinggal. Aku harus pergi..

Seawal pagi, aku bertolak dari rumah. meninggalkan keselesaan dalam kesepian yang sudah sekian lama ku bermaharajalela di ruang itu. selamat tinggal para flora yang selalu menyuci mata ku saban pagi. selamat tinggal pinggan mangkuk yang selalu ku mandikan setiap pagi. selamat tinggal encik dan puan ayam yang selalu saja memekak mengganggu ketenteraman ku. selamat tinggal anak kucing tiga bersaudara, Si Citam Si Putih dan jua Si Beng bermata buta yang selalu bertelatah menghiburkan jiwa nan kesepian. Selamat tinggal semuanya, selamat tinggal. Aku harus melangkah, memulakan sebuah perjuangan. di mana perjuangan itu kelak bisa menjadi batu bata yang membina benteng jiwa. kenanglah daku dalam setiap waktu, setiap ketika, setiap saat dan setiap detik-detik yang berlalu. moga bila ku pulang dengan tunaian impian, kau sambut ku dengan senyuman walau tak terzahir.


Selamat tinggal sayang...

Ahad, 13 Julai 2014

Motivasi 4: Yakinlah, semuanya akan indah..

Tuhan punya cara yang tak terduga oleh kita
Tuhan punya jalan yang tak terfahami akal kita

Mungkin percaturanNya berbeza dari apa yang kita rancangkan
Tapi yakinlah semua akan indah pada waktuNya

Kerana Dia Maha Mengetahui
Apa yang terbaik untuk hambaNya

Rabu, 9 Julai 2014

Puisi 15: Hari ini dan mungkin esok


hari ini kau teman
esok mungkin kau musuh

hari ini kau sayang
esok mungkin kau benci

hari ini kau nasihat
esok mungkin kau dendam
                                                       
hari ini kau jujur
esok mungkin kau dusta

hari ini kau puji
esok mungkin kau hina

hari ini kau terima
esok mungkin kau tolak

hari ini kau beri
esok mungkin kau rampas

dan hari ini kau setia
esok mungkin kau pergi

begitulah lumrah kehidupan
jadi usah berjanji setia
andai tiada jaminan
untuk hari esok

#Hitler: Kenapa saya bantai Brazil?

Semi Final World Cup: Brazil 1/7 German
bila sejuk, pakailah jaket. hehe... 
"Bila SAMBA jadi SAMBAL"

Menarik minggu ini: